why I deactive my facebook?



Assalamualaikum . .Semalam aku deactive facebook sebab sebab sebab takde sebab. .hihihi. .dua gambar yang aku tempek kat atas tu memang takdak kena mengena. .jangan persoalkan lagi.

Actually dari aku online brapa hb entah aku lupa.aku dah cakap nak blah dari situ. .tapi tak blah blah jugak.mesti friend aku dalam tu menyampah.haha. .semalam aku fikir 123456 kali ouhh nak delete friends ke deactive. .lepas tu aku tak reti pulak nak delete ramai. .kena masuk satu-satu..hamboii.bukan sikit weh. .hampir 2k..nak suruh buat satu2. .cabut tangan aku..bukan ado besi ket tangan eden ni. .alang2 menyeluk pekasam cakap nak blah aku deactive lah terus. .Dengan nada kecewa aku melangkah keluar dari facebook tempat aku kenal banyak orang hensem..berkenalan lepastu aku buat-buat tak kenal. .and more else lah kenangan aku dalam tu. .muhahaha.cool baby., !Ada few reason yang acceptable lah kot aku buat macam tu . .okay cekiout. !

Tidak kesenangan kehatian
kenapa tatabahasa macam budak tadika cina ni?tak belajar bahasa melayu ka. .ohh memang aku dari sekolah cina. .nasib muka aku tak cina..kalau tak ramai ahh rebut amoi walaupun nama aku amy..serius aku cakap dari first time aku curi-curi bukak balik facebook tu hati aku tak senang..*i mean curi2 bukak sebab ros dah tukar password aku tapi disebabkan kegigihan otak aku berputar sejajar kebosan hari tu aku dapat bukak*. .entah ahh kenapa..aku rasa macam ada benda buruk je akan jadi. .hati aku tak sedap je walaupun aku belom pernah kunyah hati ni ..aku dah tau..tak sedapp . .macam mana aku nak stay situ kalau aku takleh duduk sejam pon dalam tu..oh kenot kenot. .kena cari solution kepada masalah berikut. 

Gangguan
Banyak gangguan dari facebook tu sebenarnyaa. .bukan gangguan seksual mahupun sewaktu dengannya, Tak percaya?ask me! puih puih. .sebelum spm hari tu ada orang tak berguna buat fake facebook aku. .Aku dah tau sape. .Tapi takpe lah..diammmm. .lagipun facebook tu depa dah deactive lepas kena ceramah sikit. .haha. .Benda mcm tu mmg mengganggu aku. .like seriously aku mmg tak senang hidup lepas tau benda tu. .Asyik-asyik nak bukak facebook,nak check ada lagi ke tak menda tu..lepastu asyik fikir ja nak mintak sapa hack. .kacau betol. .*hamboii ekau. .main hack pulok?*memang ahh.kalau tanya bukan budak tu nak mengaku. .disebabkan insiden tu aku sangat terkilan tersakit hati terdendam dan pelbagai ter lagi yang tidak dapat diungkapkan. .

Sakit hati
lepas classmates aku update status mengutuk mengata menganjing macam-macam aku dah fedup. .nak bukak facebook pun malas. .main serang-serang balas pulak. .dia update aku update. .macam bodoh kan?delete je lah senang ..masa tu hati panas. .mana fikir panjang. .orang cakap kalau gaduh dengan orang bodoh jangan lebih seminit takut nanti ada dua orang bodoh pulak. .aku pandai aku blah. .i hate chiuu bebeh !

Trauma
kali ni dah masuk 3 facebook aku sign up..sebabnya macam ni lah. .bila dah bukak facebook ada benda yang menyakitkan hati jadi takut lah nak bukak. .dulu pun macam tu. sebab teeeneeee...takleh royat kok mu lah. tu lah kisah malang yang agak tak best okay ..setiap tahun facebook baru. ..ohh aku bukan budak suka buat kes ahh. .I'm just trauma. .So I decide to start the new one. .pandai tak?cakap ahh pandai. .

Protection step
sejak aku tak online facebook dah tu banyak gila benda aku dengar. .orang kena ugut dalam facebook lah..curi gambar lepas tu bogelkan lah. .hamboii.hebat teknologi sekarang yo. .orang pakai tudung badan bogel. .kau raso mcam hulk tak?muahha.apa kena mengena ni?suka hati eden lah. .blog eden kan? Disebabkan aku rasa kecantikan hak milik setiap insan aku takmau ahh nanti aku pulak yang kena.better aku blah. .lagypon friendlist aku banyak stranger gila. .macam aku tak kenal sapa2 dalam tu. .ahh sesat dalam kehidupan malap lagi gelita. haha. .aku asyik fikir kalau dia godam facebook aku ni macam mana?kalau dia curi gambar aku macam mana? walaupun aku tak secantik maya karin mahupun lisa surihani takut jugak wehh. haha

lepas aku deactive facebook lama terus aku sign up yang baru. .hahaha.tapi aku cuma add kawan-kawan dengan family aku ja. .strangers tak accept dah. .target2 friends aku dalam tu seratus pon bolehlah.haha. .Biarlah aku hilang dari pandangan jazi kalian. .okay jazi tu apo?aku dengar dalam lagu menda tah. .haha. .Biar ahh aku taktau gosip apa yang jadi dengan budak-budak sekolah aku. .biar ahh depa dah famous pon aku malas nak add. .biar ahh dah kahwin pon biar aku tak tengok gambar depa pun takpa. .biar melukut ditepi sawah mahupun gantang. janji hati senang. hehe. .okay bye